Monday, March 29, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masihhidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……





Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinyalagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa sertaBERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”..







*aku amik dari pengomen aku..aku tak kenal dia siapa..nak sangat tahu siapa dia..kata2 ni membuat ku terasa sampai ke hati...

15 comments:

  1. hehe..ko suke ke dgn statement aku post ni tira?..hehe..aku kenal ko sgt2..thats why aku post mcm ni..tp ko jgn la aggp aku nk perli2 ko plak..skit pon xde niat tuk wt mcm tu..just tuk renungan sume k..hehe..kim salam dkt ibu k..rindu le dkt die..huhu..

    ReplyDelete
  2. syahdunya....
    x pyh cari yg perfect, kita pun x perfect...
    kureng sgt pun nnti menderita diri sendiri...
    cari yg memahami dan blh bertolak ansur itu lebih baik...

    ReplyDelete
  3. anonymous-ko laki ke pompuan??

    aida-uhuk..tu laa akak...=(

    ReplyDelete
  4. Wow...
    mmng menusuk kalbu lah..
    mendalam ayat ni...
    i like =)

    Hanya Allah yg maha sempurna

    ReplyDelete
  5. aku laki la cik tira..ko mmg kenal aku sgt2 pon..takut ko tekejut je nnt..hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  6. "Begitu hidup ini tiada yg abadi, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. namun yg berganti tak mungkon sama seperti yg hilang"----------- aku pling suke statement ni..hehe..sememangnye betol..

    ReplyDelete
  7. boleh bagi th sapa kau??ku ingin th sapa kau

    ReplyDelete
  8. xyahla tau..aggp je i ni kwn u jgk eh tira..hehe..lgpon b4 ni u mmg knl i pon taw..kenal sgt2..hehe..

    ReplyDelete
  9. napa kau x nk bg th sapa kau??apa penyebabnye??

    *time ksh ats nasihat mu itu

    ReplyDelete
  10. elOw..betui 2..tp cari yg saling lengkap mlengkapi antara satu sama lain..;)

    ReplyDelete
  11. "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika"

    "Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki"

    "Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya"

    "Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda"------ =)

    ReplyDelete
  12. udah2 laa tu..kau ni sapa yaa?adeh..

    ReplyDelete
  13. kalo mcm tu xpela..aku xnak dah la kaco blog ko lg..ni last la aku comment eh..but anyway, sory 4 evrything..i just nak taw u skunk ni mcm ne..e2 je..sory wat ko ssh tira..bye..........=)

    ReplyDelete
  14. eh..jgn laa terasa..cuba aku jadi kau..mesti kau juga nk th sapa aku..lau x kenapa kau tgok blog aku sbb ko nk th perkembangan aku kan..so aku juga cm kau..aku nk th sapa kau..kau ni kawan kolej aku ke??

    aku x paksa ko bc blog aku..lau ko nk singgah aku alu2 kan..aku x halau pon kau..maaf laa jika aku berkasar..salam

    ReplyDelete
  15. diriku mencari yg terbaik...bukan yg sempurna...dan aku tahu diriku pun xsempurna.tp tak salahkan klu kita memilih teman hidup kita sendiri...xde gunanya kita membahagiakn org jika hati kita sendiri pun xbahagia...carilah yg terbaik utk kebahagiaan...itu pandangan saya (^_^)

    ReplyDelete