Entahlah. Aku baru terbaca berita ni di blogPersatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Terkejut sangat-sangat. Sebabnya aku adalah PEMINAT TEGAR cheese cake Secret Recipe. Terlalu kerap sangat aku dah 'ngap' cheese cake Secret Recipe ni selama ni.
Tup-tup, baru tadi aku terbaca entri di blog PPIM tu.Mahu tak terkejut dibuatnya. Yerlah kan . Semua kek yang aku dah makan tu dah jadi darah daging aku. Sedangkan aku tahu dalam ajaran Islam, setiap daging yang terbentuk dari benda haram, hanya api neraka lah yang layak untuknya. Mahu tak kecut perut dibuatnya.
"Wahai Allah, ampuni lah atas ketidak tahuan aku tentang perkara ini, sehingga menyebabkan aku termakan benda-benda yang Engkau haramkan."
Berikut ni aku kongsikan kandungan artikel yang aku COPY & PASTE dari blog PPIM tu. Harap kita sama-sama dapat ambil perhatian serius perkara ini. TIADA KOMPROMI dalam bab HALAL & HARAM. Lebih-lebih lagi yang melibatkan makan minum kita.
DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe"
terkejut tak baca petikan dari atas??aku lagi terkejut sebab baru minggu lepas layan kek secret recipe...ahahaha...macam mana nak samak??samak lidah dengan tali perut??memang tak laa kan..baru ni kecoh pasal meat ball dengan sushi king tak halal ni pulak kecoh pasal kek secret recipe...haish..susah la macam ni duduk dalam malaysia tapi semua haram...nampak sangat suruh masak makan kat rumah habis cerita...
Nasib baik makan kek secret recipe baru sekali.. Tu pun kat ofis sape ntah belanja.. Hahaha.. Makan kek birthday anak2 buah ke, birthday hari ibu ke ape kan, selalunya beli kat kedai kek yang memang dah jakim sahkan halal.. Logo halal dia pun besar dekat pintu kedai tu.. Takde rasa was2.. Kalo haram sekalipun pihak jakim tanggung dosa.. Ngee :) Hahaha..
ReplyDelete*Secret recipe untuk orang kaya je.. Aku miskin tak mampu kot nak makan kat situ even kek dia.. Lalalalalalal~
huhu... terkejut....
ReplyDeletesushi king tu mmg dah lama takda sijil halal..some of the food there ada y pakai arak beras etc....
ReplyDeletetapi secret recipi mmg dh dapat halal dari JAKIM... kan... then bahan yg ada DNA babi tuh nama brand die kebetulan sama dgn secret recipi kan...bukan bahan yg SECRET RECIPI keluarkan...ikut pemahaman saya la...
ReplyDeleteYaALLAH!..
ReplyDeletebaru saya tahu..dah jadi darah daging dah kot dalam badan ni..cam ne nak buat ni???? (terima kasih ucapan doa yg akak coment tu..) (^-^)v
mmg setiap makanan atau restoran tu ada tanda halal..tapi sejauh manakah kesasihan halalnya..jakim tntukan.
ReplyDeletepenah makan. kawan bawak balik. sekali je la. lepas tu xpenah lagi dah sampai la skrg. huhu..
ReplyDeletedah confirm halal dah :-)
ReplyDelete