Friday, April 28, 2017

Jom Menginap di Awesome Hotel di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibukota bagi Malaysia, tempat penumpuan bagi segala urusan dan perniagaan dan tempat bertumpunya segala orang tempatan dan pelancong dari luar negara. Ramai yang berasal dari luar bandar mencari rezeki di KL ini. Pelbagai jenis orang yang ada, seperti orang dari utara, pantai timur, borneo, selatan dan juga dari negara seberang. Oleh itu, pasti ada keluarga yang ingin datang melawat ahli keluarga atau rakan mereka di KL. Apabila ada kenduri pasti orang dari kampung akan datang untuk meraikan tuan rumah. Tetapi bila dah ramai pasti tidak dapat menginap di rumah tuan rumah dengan selesa jadi mereka perlu mencari hotel-hotel yang berdekatan. Bagaimana?
Jangan risau kerana penulis boleh sharekan maklumat bagaimana hendak mencari hotel-hotel yang berdekatan dengan rumah saudara yang berada di KL atau berhampiran dengan venue-venue majlis yang akan dibuat. Jom lawati www.traveloka.com , kerana di sini segala maklumat, atau hendak booking hotel ada. Bukan sahaja itu, malah reviews dari penginap yang lain, rating yang ada dan kemudahan untuk booking juga ada. Tak percaya, pergi sahaja ke website yang penulis kongsikan tadi.
Anda ingin tinggal di hotel yang mempunyai kolam renang atau tidak, datang seorang atau ramai, mempunyai bajet rendah atau tinggi, semuanya ada di traveloka. Buka web traveloka, letakkan tarikh anda plan untuk menginap dan berapa hari kemudian system web ini akan menyenaraikan hotel-hotel yang mempunyai bilik yang kosong pada tarikh berkenaan. Kemudian terdapat rating di sebelah dan anda boleh click ke setiap hotel itu untuk mengetahui harga yang ditawarkan. Mudahkan? Bukan itu sahaja, anda boleh baca reviews yang positif dan negative untuk setiap hotel supaya anda boleh membuat keputusan untuk menginap di hotel yang mana satu. Booking hotel di Traveloka ini untuk mendapat harga yang ditawarkan hanya di Traveloka.
Kini dengan adanya Traveloka ini, anda tidak boleh membuat alasan untuk menziarahi ahli keluarga anda atau rakan lama anda yang menetap di KL. Di samping itu, anda juga boleh berjalan di sekitar KL kerana di Traveloka juga ada memberi info berkenaan apa yang menarik berhampiran dengan hotel anda itu. Bawalah sekampung kerana bila lagi kita nak mandi kolam renang di tengah kota yang sibuk dengan harga kemampuan kita kan.
Selain itu, kita juga boleh mencari mengikut hotel berbintang berapa yang kita inginkan. Kini hotel bajet juga tersenarai di dalam Traveloka sekaligus memudahkan kita untuk memilih tempat penginapan kita tanpa kita perlu redah dan menyesal kerana tidak selesa. DI Traveloka ini juga ada gambar-gambar bilik penginapan yang ada untuk memudahkan kita. Selepas itu, kita boleh terus membuat booking di web ini terus dengan harga yang ditawarkan. Kita hanya perlu mengisi maklumat tentang diri kita dan nombor untuk dihubungi,
Traveloka ini juga mempunyai apps untuk smartphone jadi memang memudahkan kita dengan urusan kita yang agak sibuk kita boleh membuat booking atau membuat kajian berkenaan hotel-hotel yang ada hanya di hujung jari kita. Bukan menjadi sebuah halangan lagi untuk kita bercuti dan menginap di hotel-hotel yang berada di Pudu, Bukit Bintang, berhampiran KLCC, Menara KL, Sogo, Petaling Street, Jalan Chow Kit, Kampung Baru dan sebagainya. Dapat juga kita jadi orang KL sementara kan? Kadangkala kita perlu sentiasa ke website Traveloka ini untuk melihat promosi-promosi terkini yang ada. Untung bagi kita kerana dengan ini kita tidak akan terlepas promosi yang hebat untuk bercuti. Penulis mohon anda semua war-warkan kepada orang kampung kita, sahabat handai di luar KL supaya surf website Traveloka sentiasa dan jadikan KL sebagai pusat kita berkumpul dengan adanya kemudahan hotel-hotel untuk penginapan dengan harga yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.
aku kini hari-hari membuka web Traveloka ini untuk membuat survey hotel yang murah dan mudah. Bukan apa, tengah tunggu bonus, terus click dan terus pergi bercuti. Hehe.

1 comment: