Tuesday, March 18, 2014

Bersara

macam biasa nak update blog bukan main liat sekarang ini..tak pasti nak update apa..tapi yang pasti baby dah gerak-gerak dalam perut..alahai rasa teruja sebab bakal menjadi seorang mama akan datang..insyaALLAH..tengah update blog ni pon baby gerak-gerak..alhamdulilah..
itu bukan topik utama..pasal baby akan ku cerita di blog lagi satu..sekarang ni aku nak cerita pasal kerja sampingan yang aku buat sudah hampir 3 tahun..pernah tak korang terfikir yang korang akan bersara akan datang..aku dah mulai terfikir..aku harap aku tak pergi jauh..tak tinggalkan kerja sampingan ini lama-lama..bakat yang ada patut di turunkan..tapi bila aku ajar pasti orang itu akan cakap susah..rupanya bakat dengan minat adalah berbeza..pastikan minat itu mesti ada..kemudian diiringi dengan bakat..insyaALLAH bakat boleh di asah..
aku tengok dah ramai junior-junior pelukis doodle..cara melukis dah betul..tapi fikirkan macam mana nak nampak doodle itu comel,menarik dan tertarik..insyaALLAH lepas ni dah boleh bukak tempahan..serius kalau musim orang tempah doodle mesti duit masuk dalam akaun macam air aja...tapi sila jangan tamak ya..ambil mana yang mampu..jangan sampai makan diri..ambil banyak-banyak lepas tu tak boleh nak siapkan..anda bakal di senarai hitam..kita nak cari rezeki biarlah lama..biarlah berpanjangan...insyaALLAH..

doodle aku satu ketika dahulu.. masa ni guna photoshop..sekarang senang sikit dah ada paint tools sai..memudahkan kerja aku..alhamdulilah..doodle tahun pertama aku lagi teruk..kaku habis..siapa kenal aku dari awal diorang pasti tahu..hehehe..tiada dulu tiada yang sekarang.. =P

13 comments:

  1. semua doodles akak memang hebakk n lawa. seriusly.one day nak tempah kat akak =)

    ReplyDelete
  2. Betul2...sy minat gila ngan doodle sis...tp bakat nk buat tue mmg elek...so hanya mampu tempah sudah...letak kt work station kt opiz ramai yg minat..siap minta copy...huhuhu...idak yer la nk bg....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. suh diorg tempah..penat2 awak tempah mereka nk pula yaa

      Delete
  3. akk nanti ajar amal lukis, love every single your art!

    ReplyDelete
  4. hai tyra..seronok dengar pengalaman preggy tyra..take care ye..apepun hasil kerja tyra memang comel² semua..practice make perfect kan..betul sangat tu..amek tempahan ikut sekadar kemampuan diri :)

    ReplyDelete
  5. hye dear...lame x update...sihat?Alhamdulillah..sihat..jaga baby elok2 tau.. wah!dah pk nak bersara ke?sape la kita tapi nieyl klu bolah nak focus dlm 2 2 ..part time ngan keje skrg nie..tapi cume masa tuh kdg2 penat jugak la.. ha..pasal first doodle tu..biasa la dear..memula tuh mmg teruk kan..tapi lame2 dah selalu buat..wow!dah terer tahap superrr!! :)

    ReplyDelete
  6. antara doodle tercomel ialah hasil karya awk..
    =)

    ReplyDelete
  7. pernah terfikir nak bersara, kemudian fikiran itu dicantas dengan memupuk minat pada perkara lain. pastu terus tak jadi nak bersara. :D tapi kesannya jadi pemalas jap pada benda yang kita mahir. huhu

    ReplyDelete
  8. Bila baby dh kuar nnti.. kena pandai2 bahagi masa kalau nak berdoodle... itu yg tjadi pd nieza.. kena pandai manage time... tu yg doodle ntah kemana2 dh..huhu...kalau sorg rsnye ok lg kot..kalau 2,3 may b pk 2,3 kali nk amik tempahan ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nieza x keje kan?sy ni jenis bekerja..haish..x th blh manage ke x..

      Delete
  9. dah masuk majalah mana boleh bersara dah.

    semua orang bermula dgn lukisan kaku. bezanya ada yg berhenti awal. give up. dan ada yg terus prektis upgrade skill melukis.

    ReplyDelete
  10. MIJ ! Ya Allah lama tak datang sini T__T
    kerinduannya ya allah..
    janganla bersara.. semoga terus mendudel;)

    ReplyDelete