Monday, June 20, 2011

dua pekara~

pekara hari ini :-
apa yang sepatut kita lakukan bila masuk di tempat kerja baru??
  • senyum bila selisih dengan orang
  • memperkenalkan diri...
  • belajar sistem baru

tidak pula aku..masuk saja office baru
  • duduk di tempat yang di beri
  • duduk dan duduk..
  • lepas tu duduk..dan duduk

susah betul nak sesuaikan diri di tempat baru..kadang-kadang sampai kita boleh jadi hipokrit lah...tapi alhamdulilah..kawan-kawan baik cina melayu kat sini semua datang kenalkan diri...jangan kata aku sombong pula..aku sudah pon kenalkan diri sebab aku di bawa oleh orang atas untuk sesi kenal mengenali...seksa aku nak menghafal nama...ada yang ingat..ada yang masih gagap lagi nak mengigat...rasanya lagi ramai kawan di office ni berbanding di office lama..aku harap dapat sesuaikan diri di sini...aku mulai rimas..kiri depan semua bukan bangsa aku...


*ganti puasa tinggal lagi dua hari..berat naik mendadak...jadi kena berpuasa...=p

pekara lain :-
kawan ada tanya..boleh ke kita niat sekali dengan puasa sunat? aku google search ada rakan blogger beri jawapan..


soalan :
Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat sekali?


Jawapan:
Persoalan ini termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Ada ulama yang berpendapat tidak harus mengumpul niat puasa wajib (ganti) dengan niat puasa sunat dan ada ulama yang mengharuskannya.

Mengikut Dr Abd Rahman al-Birr, Professor di Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar bahawa tidak harus mengumpul niat puasa qadha’ (wajib) dengan puasa sunat untuk satu puasa.

Antara hujahnya ialah mengenai seorang lelaki bertanya Rasulullah saw mengenai hasratnya untuk mengerjakan haji untuk orang lain. Lalu Rasulullah saw bersabda: "Tunaikan haji untuk dirimu terlebih dahulu."

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima yang sunat sehinggalah kamu menunaikan yang wajib”.

Antara ulama yang mengharuskan mengumpul niat puasa qadha’ dengan puasa sunat ialah Syeikh A’tiyyah Saqr (bekas ketua majlis Fatwa al-Azhar). Perkara ini disebut oleh beliau ketika membincang hukum mengenai mengumpul niat puasa qadha’ dengan niat puasa sunat enam hari daripada bulan Syawal. Beliau menyebut perkara ini di dalam kitabnya أحسن الكلام في الفتوي والأحكام . Antara hujah yang digunakan adalah hadis mengenai setiap amalan adalah dengan niat. Walaubagaimana pun adalah afdhal (lebih baik) mengasingkan puasa qadha’ dengan puasa sunat.


Sebagai kesimpulan, permasalahan ini berlaku khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Setiap pihak mempunyai hujah masing-masing. Untuk mencari yang afdhal adalah elok memisahkan antara puasa qadha’ dengan puasa sunat.

8 comments:

  1. Jadi budak nerd ek hari ni??? Hahaha.. Padanlah lewat bukak fb.. Wah,, puasa ek??? Aku tinggal lagi 2 hari.. Samalah.. Dulu dah ganti bulan syawal..

    ReplyDelete
  2. xpe. mula2 kan, baru lagi. nanti lama2 sesuaikan diri la. hehee..

    yup. rasanya baik puasa niat lain2 :)

    ReplyDelete
  3. ahahaha
    hari pertama mesti rasa aneh2 sikit kan
    masuk hari kedua dan seterusnya dah ok
    :-)

    Syaitan Memang Durjana

    ReplyDelete
  4. tak pe... walau pun duduk je, pastikan senyum sepanjang office hour... heheheh... =)

    ReplyDelete
  5. masuk ofis baru gi buat air kopi yuntuk semua~haha~~

    ReplyDelete
  6. betul, benda ni ada percanggahan pendapat, ada kata boleh, ada kata x...

    ReplyDelete
  7. kan...rase hipokrit gile...bile kena sengehhhhh je memanjang..tpi orang tak bls pun senyum kite tuh... kuccchiiiwa....

    ReplyDelete
  8. ok paham! thnxs sharing..

    ReplyDelete